Dengan segala hormatnya izinkan pihak kami merujuk perkara di atas dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Kali Ke-51 Bil.2/ 2016 adalah berkaitan.

Justeru, Bahagian Sumber Manusia ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara-perkara berikut:

  • Mana-mana kakitangan yang hendak bercuti hendaklah memohon secara rasmi serta mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab (bagi cuti rehat) dan daripada Pendaftar (bagi Cuti Tanpa Rekod, Cuti Gantian, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji).
  • Kakitangan yang tidak hadir bekerja tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu boleh dipotong emolumen sebagaimana dinyatakan dalam perkara 14A (a) Perintah Am Bab C iaitu ‘Tiada Gaji bagi tempoh tidak hadir bekerja tanpa cuti’. Masalah kehadiran yang berulang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
  • Sekiranya berlaku kecemasan dan seseorang kakitangan terpaksa bercuti, kakitangan tersebut perlu memaklumkan kepada Ketua Pusat Tanggungjawab dan memohon cuti kecemasan sebaik sahaja kembali bertugas. Cuti kecemasan akan ditolak dari baki cuti rehat kakitangan tersebut.
  • Cuti sakit hendaklah dipohon melalui portal dan sijil cuti sakit hendaklah diserahkan kepada Pentadbir Cuti Pusat Tanggungjawab masing-masing.
  • Kakitanganyang tidak mengetik masuk dan keluar (kehadiran) tanpa alasan yang munasabah turut dianggap sebagai tidak hadir bekerja. ‘Add reason’ yang diluluskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab dalam sistem kehadiran tidak dianggap sebagai satu permohonan cuti.
  • Tanggungjawab Ketua Pusat Tanggungjawab adalah memantau kehadiran/ cuti kakitangan di Pusat Tanggungjawab masing-masing dan memastikan tindakan diambil ke atas kakitangan yang didapati tidak mematuhi ketetapan peraturan.

Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.