Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penjimatan Utiliti Kali-16 Bil.3/2016 bertarikh 16 November 2016 adalah berkaitan.

Pihak Universiti memohon kerjasama semua kakitangan untuk mengamalkan budaya guna tenaga elektrik secara cekap dan berhemah dalam menyokong usaha Universiti untuk mengamalkan kemampanan dan kelestarian pengurusan tenaga di dalam kampus dan seterusnya mengurangkan pembaziran tenaga elektrik demi membantu meringankan beban kewangan Universiti. 
Antara langkah penjimatan yang boleh dilaksanakan bersama adalah seperti berikut :-
  1. Menutup suis lampu dan penyaman udara (bagi unit berasingan) apabila tidak digunakan terutamanya pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat. 
  2. Menutup suis peralatan pejabat atau komputer apabila tidak digunakan.
  3. Penetapan suhu penyaman udara kepada suhu bilik minimum 240C yang mencapai zon keselesaan.
  4. Pengguna terakhir hendaklah memastikan suis lampu ditutup (Off) bagi setiap tandas di dalam kampus UPSI.
Mohon lawat laman sesawang JPPHB untuk maklumat lanjut mengenai penjimatan tenaga di UPSI : http://jpphb.upsi.edu.my/ 

Sekian terima kasih

Informasi dari :