Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris telah memperkenan untuk pihak Universiti menamakan Dewan Besar UPSI sebagai DEWAN TUANKU CANSELOR.

Penggunaan nama DEWAN TUANKU CANSELOR ini adalah berkuatkuasa serta merta.

Sekian, untuk makluman.

Sumber :
Pejabat Pendaftar