PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :-

  1. Memberikan maklum balas permohonan lawatan ke UPSI dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh penerimaan

  2. Memberikan maklum balas permohonan cenderamata dalam tempoh tiga hari bekerja kepada pemohon dari tarikh penerimaan ;

  3. Menyediakan nota kepada pengarang untuk liputan media satu hari bekerja sebelum majlis berlangsung

  4. Mengeluarkan surat jemputan kepada media dalam tempoh 10 hari bekerja sebelum majlis berlangsung

  5. Memberikan maklum balas khidmat fotografi kepada pemohon dalam tempoh tiga hari dari tarikh permohonan

  6. Memastikan gambar dimuat naik ke Galeri Online dalam tempoh tujuh hari selepas majlis berlangsung

  7. Menyediakan reka letak dan reka bentuk dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan

  8. Menyelaras maklumat yang akan dimuat naik ke laman sesawang dalam tempoh satu hari bekerja selepas maklumat diterima

  9. Mengemas kini kandungan maklumat di ruangan highlight portal UPSI dikemas kini seminggu sekali

  10. Mengeluarkan surat akuan terima kepada pelanggan dalam tempoh satu hari bekerja dari tarikh aduan diterima

  11. Menyalurkan aduan tersebut kepada pusat tanggungjawab dalam tempoh satu hari bekerja dari tarikh aduan diterima

  12. Menjawab aduan di akhbar pada hari yang sama atau satu hari bekerja dari tempoh aduan diterima

  13. Memberi maklum balas aduan Biro Pengaduan Awam tiga hari bekerja dari tempoh aduan diterima

  14. Memberi maklum balas permohonan perkhidmatan rakaman video dalam tempoh tujuh hari berkerja sebelum program untuk ‘single camera production’ dan sepuluh hari berkerja sebelum program untuk rakaman ‘multiple camera production’.

  15. Menyediakan salinan video rakaman tanpa suntingan kepada penganjur program dalam tempoh empat belas hari selepas rakaman sekiranya diperlukan semula oleh penganjur.

 

PIAGAM PELANGGAN KHUSUS :

Kami berjanji :-

Khidmat Korporat

  1. Memberikan maklum balas permohonan lawatan ke UPSI dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.
  2. Memberikan maklum balas permohonan cenderamata dalam tempoh 3 hari bekerja kepada pemohon daripada tarikh penerimaan.


Khidmat Media

  1. Menyediakan Nota kepada Pengarang untuk liputan media 1 hari sebelum majlis berlangsung.
  2. Mengeluarkan surat jemputan kepada media dalam tempoh 10 hari bekerja sebelum majlis berlangsung.


Khidmat Fotografi

  1. Memberikan maklum balas khidmat fotografi kepada pemohon dalam tempoh 3 hari daripada tarikh permohonan.
  2. Memastikan gambar dimuat naik ke Galeri Online dalam tempoh 7 hari selepas majlis berlangsung.


Khidmat Penerbitan dan Multimedia

  1. Menyediakan rekaletak dan rekabentuk dalam tempoh 30 hari bekerja kepada pemohon dari tarikh penerimaan.
  2. Menyelaras maklumat yang akan dimuatnaik ke laman web dalam tempoh 1 hari bekerja selepas maklumat diterima.
  3. Mengemaskini isi kandungan maklumat di ruangan highlight portal UPSI sentiasa dikemaskini seminggu sekali.


Khidmat Pengurusan Aduan

  1. Mengeluarkan surat akuan terima kepada pelanggan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  2. Menyalurkan aduan tersebut kepada pusat tanggungjawab dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  3. Menjawab aduan di akhbar pada hari yang sama atau 1 hari bekerja dari tempoh aduan diterima.
  4. Memberi maklum balas aduan Biro Pengaduan Awam tiga (3) hari bekerja dari tempoh aduan diterima.