Soalan lazim

Permohonan Cenderamata

  1. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan cenderamata Universiti?
    Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Cenderamata (UPSI/BKK/B05 Pindaan:02) dan disertakan dokumen sokongan (contoh : Kertas Kerja) yang berkaitan dengan permohonan ini. Borang boleh dimuat turun melalui pautan berikut [Borang].

     

  2. Siapakah yang layak memohon cenderamata Universiti?
    Pemohon mestilah kakitangan UPSI sahaja dan mendapat pengesahan Dekan/Ketua Jabatan/Penolong Pendaftar Jabatan.
  3. Adakah cenderamata Universiti boleh di mohon untuk semua acara?
    Tidak. Tujuan pemberian cenderamata adalah untuk acara / majlis RASMI UNIVERSITI sahaja.
  4. Adakah boleh pemohon memilih cenderamata?
    Tidak. Cenderamata diberikan berdasarkan kepada stok sedia ada, nilai cenderamata tersebut dan penerima.
  5. Berapa hari proses permohonan cenderamata?
    Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 7 hari bekerja dari tarikh diperlukan.
  6. Siapa perlu saya rujuk untuk pertanyaan berkenaan cenderamata?
    Sebarang pertanyaan, sila hubungi kakitangan BKK di talian 05 – 450 6971 / 6985.

Permohonan Jurugambar dan Koleksi Gambar Universiti

  1. Adakah UPSI mempunyai galeri gambar atas talian?
    Ya. Sila klik menu Galeri di laman sesawang UPSI (Galeri) untuk ke galeri gambar.

     

  2. Adakah koleksi gambar UPSI boleh dimuat turun?
    Ya. Koleksi gambar UPSI boleh dimuat turun secara percuma.
  3. Adakah koleksi gambar UPSI dilindungi hak cipta?
    Ya. Semua koleksi gambar di dalam galeri dilindungi dan mempunyai watermark.

Laman Sesawang / Hebahan / Promosi

  1. Apakah prosedur untuk memohon laman sesawang?
    Anda perlu mengisi Borang Permohonan Laman Sesawang dan Borang Jawatankuasa Laman Sesawang. Borang boleh dimuat turun melalui pautan berikut [borang]